Profile Syarikat

Kedai Emas Sri Kelantan Online

Kedai Emas Sri Kelantan Online kami menjual-beli emas secara online. Maksud menjalankan perniagaan emas secara online iaitu  hampir keseluruhannya urusniaga dijalankan secara online. Setelah mendapat persetujuan harga, berat dan tempat, barulah penyerahan secara fizikal dibuat.
Kedai Emas Sri Kelantan menjalankan urusniaga menjual dan membeli emas baru dan terpakai. Rangkaian  produk kami termasuklah emas dalam bentuk syiling, dinar dan berbagai barang kemas. Kami berusaha untuk menjual dengan harga lebih rendah  di kedai emas online kami dari pasaran dan membeli lebih tinggi dari harga pasaran tertakluk kepada harga semasa.
Anda bolehlah membuat perbandingan harga kami dan pasaran sebelum memutuskan untuk berurusniaga samada menjual dan/atau membeli.  Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya ingin mendapatkan kepastian harga kerana harga emas yang berubah setiap masa, memungkinkan kami tidak dapat update harga dengan tepat.


       Yusni Abdul Wahab

Pengarah Urusan
Kedai Emas Sri Kelantan